Wednesday, October 21, 2009

My Crazy Cousin

This Is My CRAZY COUSIN
huahuahua

Sunday, October 18, 2009

My Best Friends

Nie Sis Nasz..
die ni yg kedua termuda

Yang ni Sis Ummi...
Die ni org yg pertama Farhah tegur kat ssb...
hehehe...
Nie sis husna..
die ni ketiga termuda..
:)

Ni Sis Shidah Yang tercantik lagi tersayang
dan yang "termuda"
:P


Nie pulak Sis Izu Tersayang...










V0te!!

Please...
Tlg farhah v0te untuk artis mane lagi hensem...

Perasan mcm pengantin...



Ni Ain mase pakai make up...
cewah..
kononnye perasan macam pengantin larh tu..
huahua....
comeynye!!!!
hakhak!
:)

Buah Pelam Sedang Membesar

Ni pulak ain...
yang suke makan pelam..
huhu...
sedey gak..
sebab setahun sekali je dapat makan buah pelam yang ditanam sendiri..
waaaaaaaaaaaa~

Upin Ipin Fan!!!

Yang bawah tu adek...
yang atas tu tau-tau je lakan....
kitorang ni memang peminat upin ipn...
tengok ain...
baju pown upin ipin....

Facebook!!!!

Sekarang...
Farhah da ade faceb00k...
sesape yg bl0m add lagi tu....
gerakkan mouse anda ke faceb00k badge farhah..
dan addkannye
hehehe

Dilarang Berkahwin Kerana Kurang Bijak



Seorang remaja perempuan Scotland, Kerry Robertson, 17, dilarang oleh pekerja kebajikan daripada meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mark McDougall, 25, atas alasan tidak mengetahui selok belok institusi perkahwinan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kerry yang sedang mengandung lima bulan dihalang berkahwin kira-kira 48 jam sebelum majlis perkahwinan bermula walaupun 20 tetamu sudah dijemput untuk menghadirinya pada Sabtu lalu.

Wanita itu dari Dunfermline dekat sini yang telah menempah gaun pengantin didatangi dua pekerja sosial yang pergi ke flat tempat mereka tinggal di Fife pada Khamis lalu.

"Sejurus pintu dibuka, dua pekerja kebajikan itu memberitahu perkahwinan kami tidak sah kerana Kerry menghadapi masalah pembelajaran dan tiada keupayaan untuk membuat keputusan. Kerry kemudian menangis," kata Mark.

Alasan yang dikemukakan oleh petugas kebajikan itu ialah Kerry tidak memahami kesan daripada perkahwinan.

Dalam satu langkah yang belum pernah dilakukan, pendaftar di pejabat bandar Dunfermline menolak untuk memberi kebenaran perkahwinan kepada mereka selepas Majlis Daerah Fife menulis surat bantahan bagi menyekat pasangan itu daripada berkahwin.

Kerry kini akan menjalani satu penilaian psikologi bagi menentukan sama ada dia seorang yang terlalu bodoh untuk mengetahui tentang institusi perkahwinan.

Berdasarkan undang-undang Scotland, seorang pendaftar pertubuhan boleh menolak untuk mendaftarkan perkahwinan jika dia mendapati salah seorang bakal pengantin tersebut tidak memahami institusi perkahwinan.

Bekas Polis Ke Tali Gantung


Kisah cinta tiga segi selalunya membawa pengakhiran tragis.

Kali ini ia menimpa seorang bekas Lans Koperal yang akhirnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh kekasih isterinya, seorang ahli perniagaan warga Pakistan 13 tahun lalu.

Ironinya hukuman mandatori itu serta merta dijatuhkan terhadap Harcharan Singh a/l Piara Singh setelah tertuduh mengecapi kebebasan selama lima tahun ekoran keputusan Mahkamah Rayuan mengubah sabitan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram dalam keputusan sebulat suara mengarahkan Harcharan dihantar terus ke Penjara Kajang untuk dilaksanakan hukuman.

Meskipun terkejut dengan keputusan tersebut, Harcharan yang duduk di galeri awam hanya bersikap tenang dengan ditemani seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya.

Tertuduh yang berpakaian kemas dilihat akur apabila polis mahkamah menggari tangannya dan membawa dia ke lokap mahkamah.

Hakim Zaki berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mempertimbangkan dengan teliti kes tersebut dan memaklumkan bahawa asas penghakiman bertulis akan diberikan kemudian.

Berhenti Merokok Pada Usia 102 Tahun


Seorang wanita yang mula merokok pada 1914, Winne Langley (gambar) mengambil tindakan nekad untuk berhenti merokok pada usia 102 tahun, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Selepas 95 tahun merokok, kini dia menganggap rokok tidak lagi digemarinya.

Dia yang tinggal di Croydon, Selatan London berkata: "Setiap orang mahu merokok pada masa dahulu. Kami tidak mengetahui masalah kesihatan. Saya tidak lagi menggemarinya."

Menurutnya, mata dia kini semakin kabur sejak beberapa tahun lalu dan mungkin tidak dapat melihat bungkusan rokok pada masa depan.

Sejak merokok pada 1914, secara puratanya dia merokok lima batang sehari menjadikan jumlah rokok yang sudah dihisapnya melebihi 170,000 batang seumur hidupnya.

Dia kerap menghisap rokok semasa zaman kemelesetan dan Perang Dunia Kedua.

"Saya mengurangkan merokok sejak beberapa tahun lalu dan cuma menghisap sebatang bagi setiap beberapa hari selepas makan malam atau di bilik tidur saya.

"Namun, harga rokok kini menjengkelkan dan larangan merokok turut menjengkelkan. Sepatutnya anda dibenarkan merokok di mana-mana sahaja," katanya